Berkumpul di terminal KLIA1 / KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Taipei. Lawatan di Taichung:
Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
Bermalam di Chiayi.
Lawatan di Alishan:
Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.
Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
Bermalam di Chiayi.
Lawatan di Nantou:
Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan. Bermalam di Taipei.
Lawatan di Yehliu:
Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
Lawatan di Taipei:
Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut. Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
Bermalam di Taipei.
Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall. Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini.
Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA1 / KLIA2.
5H4M TAIPEI + ALISHAN + SUN MOON LAKE - From RM3,390
Tour Code: CTA04-MHD7-ST
Departure Dates (2025):
APR 10, 18, 20, 24
MAY 08, 13, 16, 22
JUN 10, 13
Flight by: Malaysia Airlines / Air Aisa X
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK:
Harga Pakej Tak Termasuk
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/taiwan-muslim/5h4m-taipei-alishan-sun-moon-lake for latest information.