Berkumpul di KLIA Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Taipei. Lawatan di Taipei:
Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
Bermalam di Taipei.
Lawatan di Qinjing:
Qinjing Farm: Dikenali sebagai Little Europe In The Clouds, ia merupakan resort dikawasan pergunungan terkenal di Taiwan. Rasai pengalaman ala Eropah di Evergreen Grassland dimana pengunjung akan disajikan pemandangan pergunugan seperti di Switzerland, bergambar dianjung istana lama dengan padang rumput dipenuhi kambing biri-biri. Pengunjung juga dapat menyaksikan Mongolian Horse-Riding dan Acrobatic Show, dimana persembahan aksi lasak sambil menunggang kuda yang penuh mendebarkan.
Lawatan di Nantou:
Daftar masuk ke Tai-Yi Ecological Leisure Farm, sebuah ladang tempatan yang mempunyai pelbagai jenis buah-buahan bergantung pada musim dan merasai DIY disini mengikut pada musim yang disediakan.
Bermalam di Nantou.
Lawatan di Nantou:
Formosa Aboriginal Cultural Village: Melawat ke taman tema yang terkenal di Taiwan. Saksikan kehidupan 7 suku kaum orang asli Taiwan dari rumah mereka, dapur dan lain-lain yang terdapat disini. Juga pengunjung dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional mereka. Dan rehatkan diri dan minda di European Garden, dengan pelbagai jenis bunga serta pokok Cherry Blossom disusun dengan cantik dan indah disini. Akhiri pengalaman dengan menaiki cable car menuju ke Sun Moon Lake dengan pemandangan Sun Moon Lake yang indah.
Bermalam di Taipei.
Lawatan di Yehliu:
• Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan salah satu masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1949.
• Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.
Bermalam di Taipei.
Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National
Concert Hall.
Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
5H4M TAIPEI + FORMOSAN VILLAGE + QINJING FARM - From RM3,490
Tour Code: CTF04-D7-ST
Departure Dates (2025):
APR 11, 17, 19
MAY 15, 21
JUN 12, 15
SEP 19
Flight by: Air Aisa X
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
• Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Tiket masuk ke tempat lawatan: Yehliu Geo Park dan Formosan Aboriginal Village.
• Kereta kabel di Formosan Aboriginal Village.
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
• Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/taiwan-muslim/5h4m-taipei-formosan-village-qinjing-farm for latest information.