Travel Date : From 13 January , 2025 To 19 September , 2025

7H5M CHONGQING + CHENGDU TWIN CITY


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - CHENGDU

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Chengdu. Bermalam di Chengdu.

2 - CHENGDU (SP/MT/MM)

Lawatan di Chengdu: 
•    Bersiar- siar di Wide Narrow Alleyway yang terkenal dengan seni bina tradisional dan suasana yang meriah. Disini pelancongan dapat menikmati pelbagai hidangan tempat, membeli cenderamata, dan melihat pertunjukan kebudayaan.
•    Membeli-belah di Sino-Ocean Taikoo Li yang merupakan pusat membeli-belah dan hiburan moden terkenal yang menggabungkan elemen tradisional dan kontempori. Ia menawarkan barangan jenama fesyen antarabangsa, restoran mewah dan kafe bergaya.
Membeli-belah di Chunxi Road yang berdekatan dengan Tai Koo. Ia juga merupakan kawasan membeli-belah yang sibuk dengan pelbagai kedai dari butik tempatan hingga jenama terkenal.
Melawat People’s Park, taman yang menawarkan suasana tenang dengan tasik, taman bunga, dan ruang untuk berjalan-jalan serta bersantai. Disini dapat menikmati teh, melihat orang tempatan bermain mahjong atau manyaksikan tarian dan nyanyian rakyat.
•    Bersolat di The Imperial City Mosque yang mempunyai sejarah lebih dari 1000 tahun. Masjid ini terkenal dengan seni bina tradisional Cina yang unik, yang digabungkan dengan elemen reka bentuk Islam.
•    Melihat Sichuan Opera Performances yang terkenal dengan seni
“changing face” yang memukau, di mana pelakon menukar topeng mereka dalam sekelip mata. Selain itu, persembahan juga menampilkan nyanyian, tarian, dan aksi akrobatik yang hebat.
Bermalam di Chengdu. 

3 - CHENGDU (SP/MT/MM)

Lawatan di Chengdu: 
Melawat Tianfu Art Musuem di Chengdu yang merupakan muzium seni moden yang mempamerkan pelbagai karya seni kontemporari dari artis tempatan dan antarabangsa. Pelancong dapat menikmati koleksi lukisan, patung dan instalasi seni yang inovatif.
Melawat Panda Base yang merupakan destinasi popular di mana pelancong boleh melihat panda gergasi dalam habitat semula jadi mereka. Pusat ini berdikasi untuk pemuliharaan dan pembiakan panda, serta Pendidikan awam tentang haiwan yang ikonik ini. Pelancong boleh menyaksikan panda bermain, makan buluh dan berehat di kawasannya.
Bermalam di Chengdu. 

4 - CHENGDU - CHONGQING (SP/MT/MM)

Lawatan di Chongqing: 
Bersiar-siar di 18th Staircase yang terkenal dengan tangga-tangga berbatu lama dan jalan-jalan sempit yang mencerminkan gaya hidup tradisional Chongqing. Kawasan ini menawarkan pemandangan bandar dan sungai yang menakjubkan. Pelancongan dapat menikmati pemandangan lorong sempit, mencuba makanan jalanan tempatan dan membeli cenderamata unik.
Berjalan-jalan di Jiao Chang Kou yang menawarkan pelbagai hidangan halal seperti kebab, mi dan makanan ringan tempatan. Pelancong dapat mencuba makanan halal yang lazat sambil menikmati suasana jalanan yang meriah.
Membeli-belah di Liberation Monument yang dikelilingi oleh pusat membeli-belah mewah, restoran dan kafe. Kawasan ini sering mengadakan acara kebudayaan dan hiburan yang menggabungkan sejarah, budaya dan kehidupan bandar moden.
Melawat Kui Xing Building yang merupakan seni bina tradisional Cina dengan struktur kayu yang rumit dan bumbung bertingkat yang dihiasi dengan ukiran indah. Destinasi ini unik kerana walaupun ia kelihatan seperti berada di tingkat satu, sebenarnya ia terletak di tingkat 22. Pelancong boleh menikmati keindahan seni bina klasik serta suasana yang berbeza dengan kesibukan bandar Chongqing.
•    Qiansimen Bridge merupakan jambatan moden yang menghubungkan kawasan Yuzhong dan Jiangbei. Terkenal dengan seni bina yang unik dan pemandangan menakjubkan. Dengan pencahayaan LED yang terang, Qiansimen Bridge mencipta suasana yang menakjubkan pada waktu malam, menjadikannya spot fotografi yang digemari ramai.
•    Melawat Hongyadong yang terletak di tepi Sungai Jialing dan dikelilingi oleh tebing curam. Pada waktu malam, Hongyadong dipenuhi dengan lampu berwarna-warni yang mencipta suasana yang memukau dan romantik seperti dalam movie “Spirited Away”.
Bermalam di Chongqing. 

5 - CHONGQING (SP/MT/MM)

Lawatan di Chongqing: 
Chongqing Mosque yang mempunyai seni bina yang menarik dengan reka bentuk yang unik. Pelancong boleh melihat menara masjid yang tinggi dan pintu masuk yang dihiasi dengan kaligrafi Arab.
Melawat Ciqikou Ancient Town yang terkenal dengan jalan-jalan batu yang sempit, bangunan tradisional dan suasana yang penuh dengan budaya. Selain itu, suasana yang meriah dan pemandangan sungai yang indah menjadikan Ciqikou satu tempat yang ideal unutk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Li Ziba Light Rail Through Building Ancient Street tempat menarik untuk pelancong yang ingin melihat kereta api ringan yang melintasi bangunan. Kawasan sekitar juga mempunyai kedai-kedai dan kafe, menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menikmati pemandangan yang luar biasa.
Bersiar-siar di Danzishi Ancient Street yang dapat menjelajahi bangunan bersejarah, kedai-kedai tradisional dan kafe yang menawarkan hidangan tempat. Bermalam di Chongqing.

6 - CHONGQING (SP/MT/MM)

Lawatan di Chongqing: 
•    Menikmati pemandangan di People’s Great Hall yang mempunyai reka bentuk unik dan ciri-ciri tradisional Cina, seperti kubah bulat dan tiang-tiang yang tinggi. Kawasan sekeliling juga mempunyai taman yang indah, menjadikannya tempat yang sesuai unutk bersantai dan mengambil gambar.
•    Membeli-belah di Guanyin Qiao Pedestrian Street yang dipenuhi dengan pelbagai kedai, butik dan restoran yang menawarkan pelbagai produk dan makan tempatan. Terdapat juga kawasan rehat dan pemandangan yang menarik, menjadikannya tempat uang sempurna untuk bersantai sambil menikmati aktiviti dan hiburan yang ditawarkan.
•    Seterusnya, membeli-belah di The Ring Shopping Center juga menawarkan pelbagai pilihan kedai, restoran dan hiburan. Pelancong boleh menikmati suasana alam semula jadi dengan air terjun yang indah dan landskap yang menarik, seolah-olah berada di dalam sebuah taman tropika.

7 - CHONGQING - KUALA LUMPUR

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    7H5M CHONGQING + CHENGDU TWIN CITY - From RM4,090

    Tour Code: CCC05-D7-ST

    Departure Dates (2025):

    APR 25

    MAY 09, 15, 16, 22, 23, 30

    JUN 06, 12, 13, 19, 20, 26, 27

    JUL 04, 11

    AUG 22, 29

    SEP 11, 12, 18, 19

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK

    •    Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    •    Penginapan hotel 5 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    •    Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    •    Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    •    Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    •    Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    •    Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    •    Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    •    Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    •    Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    •    Bayaran tambahan lebihan had bagasipenerbangan.
    •    Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/chongqing-group-tours/7h5m-chongqing-chengdu-twin-city for latest information.