Travel Date : From 13 January , 2025 To 28 August , 2025

8H7M YUNNAN: KUNMING + DALI + LIJIANG


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - KUNMING - SHILIN (MM)

Berkumpul di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan ke Kunming.

2 - SHILIN - CHUXIONG (SP/MT/MM)

Lawatan di Kunming:
•     Black Stone Forest terkenal kerana bentuk batunya yang unik dan memukau. Batu-batu tersebut terbentuk dari proses geologi yang berlangsung selama ribuan tahun, yang menciptakan pemandangan yang sangat menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan jalan dan tangga untuk memudahkan pengunjung meneroka tempat ini. Keindahan alami dan kekayaan sejarah serta budayanya menjadikan Black Stone Forest Shilin sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik dan memikat di daerah ini.
•    Melawat Yi Ancient Town, tempat tarikan pelancong yang menggabungkan keindahan alam, sejarah serta budaya yang kaya dan kehidupan tempatan yang sebenar, menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasakan keindahan masyarakat china  yang kuno dan tradisional. Mereka juga terkenal dengan hasil kraftangan tempatan yang unik dan berkualiti tinggi. Seperti kain tenun, seramik dan ukiran kayu. Tetamu dapat membeli cenderahati sebagai kenangan semasa berkunjung disini.
Bermalam di Chuxiong. 

3 - CHUXIONG - DALI - LIJIANG (SP/MT/MM)

•    Santorini Kunming: Merupakan  tempat pelancongan yang diilhamkan dari senibina Pulau Santorini di Greece. Pengunjung dapat menikmati pemandangan laut yang cantik, berbelanja di kedai-kedai yang unik. Tempat ini sangat mesra terhadap semua tetamu dari peringkat umur.
•    Lijiang Ancient Town, Sifang Street adalah sebuah bandar lama yang terkenal di China dan memiliki daya tarikan pelancong yang unik. Bandar ini terkenal dengan arsitektur silam yang menarik. Seperti rumah traditional, batu yang disusun menjadi jalan sepanjang bandar dan sistem air kuno. Tetamu juga akan disajikan dengan pemandangan indah Taman Nasional Gunung Yulong. Dan menjadikan tempat ini adalah daya tarikan bagi mereka yang tertarik dengan sejarah, budaya dan keindahan alam China yang unik.
•    Bersiar-siar di Heilongtan Park yang terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan terutama pemandangan berlatar belakang Gunung Yulong yang tinggi dan pantulan gunung dan langit di permukaan tasik menjadikan ia tempat rekreasi yang popular bagi penduduk setempat dan pelancong. Bermalam di Lijiang.

4 - LIJIANG (SP/MT/MM)

•    Snow Mountain Glacier Park adalah destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang mempesonakan. Pengunjung dapat menikmati pemandangan spektakuler dari ketinggian menggunakan kabel gondola. Selain itu, taman ini menawarkan berbagai aktivitas luar ruangan seperti trekking, mendaki, dan mengunjungi desa-desa lokal di sekitarnya. Keberagaman hayati di taman ini menambah daya tariknya sebagai salah satu destinasi alam yang menakjubkan di sini.
•    Ganhaizi adalah padang rumput alpine yang terletak di Jade Dragon Snow Mountain Scenic Area. Daya tarikan utamanya meliputi pemandangan indah Gunung Jade Dragon yang menjulang tinggi menjadi latar belakang, pelbagai spesies tanaman alpine yang langka dan bunga liar yang berwarna- warni, serta udara yang tenang dan damai yang menjadikan tempat ini sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan  alam. Ganhaizi juga menawarkan berbagai aktiviti seperti  bersiar-siar dan berkhelah.
•    Yushui Village adalah salah satu tarikan pelancongan utama Lijiang, yang menampilkan seni bina Naxi, muzik Naxi purba, dan mural Dongba, serta beberapa landskap semula jadi asal seperti Triple Water. Kampung ini menarik membawa budaya Dongba dan pasti akan menawarkan pengalaman berkualiti kepada tetamu.
•    Melawat dan bersiar-siar di White River + Blue Moon Valley adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan di wilayah ini. Terkenal dengan airnya yang berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan, serta menjelajahi lanskapnya dengan berjalan kaki di sepanjang pejalanan kaki yang disediakan tepi sungai. Blue Moon Valley menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dan memukau, menjadikannya salah satu tarikan utama bagi tetamu yang berkunjung ke Lijiang.   

5 - LIJIANG - BAISHUITAI - LIJIANG (SP/MT/MM)

Tiger Leaping Gorge Scenic Area menawarkan pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang eskslusif. Dan air sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam di dalam kenangan.
Berhenti bergambar di Baishuitai Cotton’s Fort, iaitu salah satu tempat yang cantik terletak di kaki Gunung Salji Haba. Tarikan utama disini ialah kristal mineral putih yang besar sepanjang 140m sehingga 160m lebar berbentuk kolam yang bertingkat. Air mata air yang melimpahi kolam kristal seperti air terjun jernih dari puncak gunung.
Bermalam di Lijiang.  

6 - LIJIANG - DALI (SP/MT/MM)

•    Bai Tea Experience merasai pengalaman melihat proses membuat dan merasai budaya teh turun temurun etnik Bai yang menjadi kesukaan dan kegemaran pelancong.
•    Dali Ancient Town: Merupakan diantara tempat pelancongan paling popular di Yunnan. Kota ini dipelihara oleh kerajaan tempatan dengan melarang sebarang pembinaan moden di bandar lama ini. Para tetamu yang berkunjung dapat menik mati kombinasi pengalaman yang unik seperti senibina bersejarah, keindahan alam dan kebudayaan.
Bermalam di Dali 

7 - DALI - KUNMING (SP/MT/MM)

Bersolat di Shuncheng Mosque. Masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) yang merupakan satu- satunya dinasti di China yang aktif menyebarkan agama islam.   
•    West Temple Tower: Tempat tarikan bersejarah di Dali Ancient Town. Dibina pada Dinasti Tang, sebuah menara pagoda tiga tingkat yang bercirikan senibina khas dan hiasan tradisional.
•    Jinbi Square: Sebuah kota moden di Dali yang menjadi titik pertemuan diantara penduduk setempat dan pengunjung. Tempat ini mempunyai bangunan rekabentuk sentuhan China yang khas. Tempat ini sering menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara komuniti, pertunjukan seni dan festival. Menjadikanya tempat tumpuan bagi pengunjung dan orang tempatan.
•    Nanqiang Market: Dikenali sebagai "Internet Celebrity Night Market" di Kunming,  adalah sebuah daerah kebudayaan dan komersial yang mengekalkan gaya dan ciri-ciri bangunan bersejarah, yang meliputi pelbagai format seperti katering, hiburan, dan teater. Nanqiang Street dan Alley adalah salah satu daerah komersial utama di Kunming. Kedai-kedai yang berlampu indah, makanan ringan yang mempesonakan, dan persembahan yang indah menarik ramai pelancong untuk datang setiap malam
Bermalam di Kunming

8 - KUNMING - KUALA LUMPUR (SP/MT)

•    Meluangkan masa di Donnan Flower Market dan merasai pengalaman berada di pasar bunga terbesar di Asia. Pasar ini menjadi tarikan popular pelancongan di Kunming kerana pemandangan barisan bunga segar yang tersusun rapi, berwana-warni dan keharuman bunga dari pelbagai jenis.
•    Dounan Wetland Park: Taman tema ini adalah kawasan yang dilindungi oleh kerajaan tempatan. Mempunyai ekosistem hutan paya yang pelbagai. Termasuk tasik, paya bakau dan danau. Para tetamu dapat melakukan pelbagai aktiviti melihat kawanan burung dan itik di tasik, berjalan di jambatan kayu serta dan bergambar dengan latar belakang tasik yang indah.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.  


Price List


Package Remarks

    8H7M YUNNAN: KUNMING + DALI + LIJIANG - From RM4,490

    Tour Code: CKL07-AK-ST

    Departure Dates (2025):

    FEB 18

    APR 26

    MAY 31

    JUN 08, 11, 12, 14, 22, 27, 28

    JUL 25, 31

    AUG 16, 21, 28

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK

    •    Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    •    Penginapan hotel 7 malam bertaraf 5* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    •    Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    •    Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
    •    Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    •    Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    •    Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    •    Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    •    Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    •    Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    •    Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    •    Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    •    Bayaran tambahan lebihan had bagasipenerbangan.
    •    Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/kunming-group-tours/8h7m-yunnan-kunming-dali-lijiang for latest information.