Berkumpul di KLIA Terminal 1 @ 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
Lawatan di Chuncheon:
Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
Lawatan bulan Mac - November
Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan rekabentuknya yang unik.
Lawatan bulan Disember - Februari
Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.
Kos tambahan:
Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.
Bermalam di Seoul.
Lawatan di Seoul:
• Namsan Hanok Village: Kampung Namsangol Hanok, juga
dikenali sebagai “Kampung Rumah Tradisional di Lembah
Namsan", ialah sebuah kampung Korea yang terletak di
kawasan kejiranan Pil-dong di Jung-gu, daerah tengah Seoul,
Korea Selatan tempat hanok atau tradisional Korea. Rumah
telah dipulihkan untuk mengekalkan suasana asal kawasan itu. Bergerak ke Gimpo airport untuk penerbangan ke Jeju.
Lawatan di Jeju:
• Iho Tewoo Beach: Pantai indah yang terletaknya rumah api berbentuk kuda di tengah pantai beserta permandangan pesisiran pantai yang menenangkan.
• Dongmun Market: Salah satu pasar tradisional yang paling sibuk di Pulau Jeju yang menjual pelbagai produk tempatan Korea seperti 'Street Food', cenderamata dan juga makanan laut segar.
Bermalam di Jeju.
• Seongsan Ilcubong Sunrise Peak: Seongsan Ilchulbong, juga dipanggil 'Puncak Matahari Terbit', ialah kon tuf pola dasar yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di dasar laut cetek kira-kira
5 ribu tahun yang lalu.
• Seongeup Folk Village: Perkampungan orang asli Seongeup menunjukkan budaya unik Pulau Jeju. Penduduk kampung
bertindak sebagai pemandu sukarela untuk menawarkan
pelbagai maklumat kepada pengunjung.
• Seopjikoji: Tempat ini merupakan tarikan pelancong yang
popular. Kon tuf berserta pemandangan lautan yang indah dan
ladang bunga kanola boleh dilihat dengan mudah dari puncak Seopjikoji. Seopjikoji telah digunakan sebagai tapak
penggambaran untuk banyak filem dan drama Korea.
• Camellia Hill: Sebuah taman bunga terkenal di Jeju yang menampilkan bunga Camellia yang berwarna warni, jalanan berjalan kaki yang tenang, dan merupakan lokasi sangat cantik untuk bergambar.
• O Sulloc Tea Museum: Muzium ini mempunyai galeri teh,
kawasan rehat mesra alam dan kafe, pengunjung boleh
menikmati pencuci mulut berasaskan teh lazat.
• Aewol Coastal Road: Di Jalan Ilju barat akan bertemu jalan
pantai yang berzigzag naik dan turun ke Aewol sejauh kira-kira
10km. Lengkungan jalan adalah keistimewaannya, dan
pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.
Bermalam di Jeju.
Bergerak ke Jeju airport untuk penerbangan pulang ke Seoul. Lawatan di Seoul:
• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
• Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
• Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Cosmetic shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini. Bermalam di Seoul.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1 @ 2)
6H4M KOREA + JEJU ISLAND - From RM4,790
Tour Code: AIJ04A-MH-ST
Departure Dates (2025):
APR 16, 24
MAY 01
JUN 11
Flight by: Air Asia X / Malaysia Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
Harga Pakej Termasuk
Harga Pakej Tak Termasuk
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/korea/south-korea/6h4m-korea-jeju-island for latest information.