Travel Date : From 13 January , 2025 To 22 May , 2025

6H4M DUBAI + ABU DHABI + SHARJAH


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - DUBAI (MT/MM)

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Dubai.
Tiba di Lapangan Terbang Dubai.
Lawatan di Dubai:
•    Dubai Frame: Sebuah mercu tanda unik berbentuk bingkai
gambar keemasan yang terletak di tengah-tengah antara
kawasan Old Dubai dan New Dubai yang berketinggian 150m
dibina pada 2013.
•    Berfoto di binaan ikonik terbaru Museum of The Future yang berbentuk oval berwarna perak dan dikelilingi dengan tulisan
khat Arab puisi yang ditulis oleh PM UAE.
•    Burj Al Arab: Hotel yang paling mewah dan ikonik di dunia berketinggian 321m yang dibina pada 1999. Bentuknya unik
seakan layar kapal dan dibina atas pulau buatan di persisiran Jumeirah Beach.
•    Menikmati panorama di sekitar, Atlantis the Palm dan Palm  Jumeirah.
•    Menikmati makan malam dan persembahan tradisi orang Arab
di dalam kapal tradisional Dhow Cruise Dinner yang
berlampuan sambil menyusuri sungai Dubai Creek.
Bermalam di Dubai.

2 - DUBAI (SP/MT)

Lawatan di Dubai:
Miracle Garden: Taman bunga ini dibuka pada tahun 2013
meliputi lebih dari 72,000-meter persegi. Menjadikannya salah  satu taman bunga semulajadi terbesar di dunia.
 Bersiar-siar di sekitar kawasan Old Dubai untuk melihat  bangunan asal kota ini sebelum membangun seperti hari ini  dan menaiki bot tradisional Abra Water Taxi menyelusuri  sepanjang tebing sungai Dubai Creek.
•    Masa bebas untuk membeli-belah di Gold Souk dan Spice
Souk, dan antara barangan popular dibeli ialah barangan
kemas, kurma, kekacang, minyak wangi dan kain pakaian. Di
pasar ini juga merupakan lokasi untuk mendapatkan Zaatar,
herba campuran yang terkenal di benua ini sebagai penambah
rasa memasak daging.
•    Membeli-belah barangan buatan kulit di Leather Shop.
•    Bergambar di Burj Khalifa, menara ikon Dubai yang berukuran 828M dan di iktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Tetamu
juga boleh menempah lawatan tambahan At the Top untuk naik ke tingkat 124 untuk menikmati permandangan panorama Kota Dubai.
•    Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping
mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut menempatkan
Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara
percuma di skrin gelas lutsinar di ruang legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan.
•    Menikmati persembahan menakjubkan “Fountain Show”
seakan di Las Vegas di kolam Dubai Mall ini.
Bermalam di Dubai.

3 - DUBAI - ABU DHABI - DUBAI (SP/MT)

Lawatan di Abu Dhabi: 
•    Emirate Heritage Village: perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut.
•    Menikmati pemandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan pantai The Corniche.
•    Solat di Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di UAE. Mempunyai 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz.
•    Membeli-belah barangan tradisional buatan tangan di
Handicraft Gallery.
•    Melawat pameran terkenal Global Village yang menempatkan 27 buah pavilion replika binaan terkenal seluruh dunia yang bercahaya berwarna-warni di samping tetamu dapat merasai makanan dari 90 buah negara yang terdapat di lebih 200 buah restoran dan gerai. Selain itu, terdapat juga tarikan Ripley’s Believe It or Not dan persembahan tradisi dari negara-negara terlibat dan aksi stunt motosikal.
Bemalam di Dubai.

4 - DUBAI (SP/MM)

Aktiviti bebas di siang hari untuk anda menerokai kota Dubai. 
Rasai pengalaman unik di Desert Safari merentasi beting- beting padang pasir dengan menaiki jeep 4x4 berkuasa tinggi dan berswafoto di tengah padang pasir. 
Makan malam BBQ di tengah padang pasir dan menikmati pertunjukan tradisional orang Arab Badwi sambil berpeluang merasai pengalaman menunggang unta dan sesi berinai di Deluxe BBQ Camp.
Bermalam di Dubai.

5 - DUBAI - SHARJAH -˜ KUALA LUMPUR (SP)

Membeli-belah saat akhir di Blue Souk yang banyak
menjual pakaian Muslimah dan barangan kemas,
dan juga cenderamata di Gifts Zone.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

6 - KUALA LUMPUR

Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    6H4M DUBAI + ABU DHABI + SHARJAH - From RM4,190

    Tour Code: ASA04-EK-ST

    Departure Dates (2025):

    FEB 11

    MAY 22

    Flight by: Emirates Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    Harga Pakej Termasuk

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang vlawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Makan malam di dalam bot Dhow Cruise Dinner dan Deluxe BBQ Camp.
    • Pengangkutan Abra Water Taxi dan Desert Safari Jeep.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    Harga Pakej Tak Termasuk

    • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program.
    • Harga lawatan tambahan (optional tour):
      -    At The Top Burj Khalifa (Dubai): USD48 seorang
      -    Dubai Aquarium (Dubai): USD38 seorang
      -    Dubai Frame (Dubai): USD18 seorang
    • Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/middle-east/dubai/6h4m-dubai-abu-dhabi-sharjah for latest information.