Emirate Heritage Village: perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut.
Menikmati pemandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan pantai The Corniche.
Solat di Skeikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di UAE. Mempunyai 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz.
Bergambar di Burj Khalifa, menara ikon Dubai yang berukuran 828M dan diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Tetamu juga boleh menempah lawatan tambahan At the Top untuk naik ke tingkat 124 untuk menikmati permandangan panorama Kota Dubai.
Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut menempatkan Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara percuma di skrin gelas lutsinar di ruang legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan.
Menikmati persembahan menakjubkan “Fountain Show” seakan di Las Vegas di kolam Dubai Mall ini.
Bemalam di Dubai.