Travel Date : From 05 February , 2024 To 08 December , 2024

4H3M BANGKOK + PATTAYA - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Bangkok - Pattaya (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.

- Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
- Melawat salah satu tarikan utama, Pattaya Floating Market yang diwujudkan sejak 2008 bukan sahaja untuk tetamu membeli cenderamata dan makanan daripada peniaga-peniaga di dalam sampan, malahan merasai pengalaman gaya hidup dan kebudayaan orang sungai Thai. Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sungai dan kawasan perkampungan di sini.
- Masa bebas untuk bersiar-siar dan berfoto di pantai terkenal Pattaya Beach yang menjadi tumpuan pelancong beristirehat dan bermain aktiviti air. Bagi pengumpul barangan koleksi, boleh mengunjungi Hard Rock Café Pattaya yang terdapat di sini.

2 - Pattaya - Bangkok (SP/MT/MM)

- Melawat Nong Nooch Village yang merupakan sebuah taman botanikal besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan dan juga pelbagai tarikan unik seperti pertunjukan Elephant Show yang memaparkan aksi-aksi menarik gajah, sambil berfoto dengan dinosaur dan menonton persembahan Thai Classical Dance.
- Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory. Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honey Bee Farm & Gallery. Tetamu juga boleh membeli madu di sini untuk dibawa pulang.
- Bersolat di The Foundation of the Islamic Centre of Thailand yang merupakan masjid terbesar di sini berusia lebih 60 tahun.
- Masa bebas untuk membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di pasar malam terbuka One Ratchada Night Market yang menempatkan lebih 100 peniaga, selain menikmati persembahan live muzik dan berfoto di beberapa spot yang menarik di sini.

3 - Bangkok (SP)

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini.

4 - Bangkok - Kuala Lumpur (SP)

- Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop o di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market,
Wat Arun dan China Town.
- Masa bebas untuk membeli-belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


Price List


Package Remarks

    4H3M Bangkok + Pattaya dari RM1,890 seorang

    Departure Dates (2024):
    May – 29
    Jun – 12
    Jul – 17
    Aug – 14
    Sep – 19
    Oct – 23
    Nov – 20 & 27
    Dec – 02, 04 & 08

    Flight by: Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian  premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/thailand/bangkok/4h3m-bangkok-pattaya-muslim for latest information.