Travel Date : From 04 July , 2024 To 12 December , 2024

9H7M Turkiye - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Istanbul - Ankara (MM)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul. Setiba di Istanbul akan terus ke Ankara
  • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya  peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus

2 - Ankara - Cappadocia (SP/MT/MM)

  • Ataturk Mausoleum Complex: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk
  • Lake Tuz: Juga dikenali sebagai Salt Lake dan Pink Lake merupakan tasik ke-2 yang terbesar di Turki.

3 - Cappadocia (SP/MT/MM)

  • Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
  • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12
  • Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
  • Melawat galeri batu permata Turquoise & Onyx Handmande Store.

4 - Cappadocia - Konya - Pamukkale (SP/MT/MM)

  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di 
    dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
  • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan 
    upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.

5 - Pamukkale - Bursa (SP/MT/MM)

  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
  • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.

6 - Bursa - Istanbul (SP/MT/MM)

  • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
  • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
  • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan 
    empayar Uthmaniyyah.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Pierre Loti Hill (termasuk tiket) yang menawarkan pemandangan panorama indah teluk Golden Horn.
  • Eyup Sultan Mosque: Masjid tersemadinya makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang syahid pada tahun 674 ketika peperangan menakluki Constantinople.
  • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.

7 - Istanbul (SP/MT/MM)

  • Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan 
    Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
  • Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan 
    Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kudapada zaman Byzantine. 
  • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
  • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
  • Grand Bazaar: Merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.

8 - Istanbul (SP)

  • Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan
    pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki mode Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 ole Sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosqu yang merupakan masjid yang paling terkenal di Sela Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.

Pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan terus dari Istanbui.

9 - Istanbul - Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    9H7M Turkiye from RM4,890

    Departure Dates (2024):
    Oct – 24
    Nov – 07, 21
    Dec – 12

    Flight by Air Arabia 

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

    Bahasa Melayu


Inclusive

Exclusive


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/turkey/turkey-group-tours/9h7m-turkiye-muslim for latest information.