Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat.
Tiba di Dalat:
Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.
Bermalam di Dalat.
Lawatan di Dalat:
Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.
Mongoland: Taman bertemakan suasana Mongol ini dipenuhi dengan taman bunga, tasik dan miniatur yang mempunyai sudut yang menarik untuk bergambar. Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan yang jinak di sini.
Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.
Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur 79 tahun. Rumah gergasi ini menggabungkan konsep rumah dengan struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan gua.
Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000 meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.
Bermalam di Dalat.
Lawatan di Muine:
Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.
Singgah berhenti di Fisherman Village untuk berehat. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.
Bersolat di Masjid Nourul Ehsaan. Masjid ini juga merupakan tempat persinggahan sementara untuk orang tempatan mempelajari ilmu agama Islam.
Bermalam di Ho Chi Minh.
Melawat ke Mekong Delta. Sungai Mekong adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Medium pengangkutan di pulau kebanyakkannya menggunakan bot dan sampan.
Lawatan di Mekong Delta:
Peserta akan menaiki bot besar dari pelabuhan menuju ke tempat proses
gula-gula kelapa. Selain itu, disini juga terdapat kedai yang menjual barangan yang diperbuat dari kulit.
Menikmati teh madu asli dan menikmati produk lain berasaskan madu.
Berehat sambil merasai buah-buahan segar sambil menonton tarian kebudayaan. Lawatan di Ho Chi Minh
Membeli belah di kilang pembuatan tudung dan baju kurung. Kilang ini bukan sahaja menjual pakaian siap, malah peserta juga boleh menempah baju mengikut saiz dan kualiti yang tersendiri.
Masa bebas untuk membeli belah di Ben Thanh Market yang terkenal di Ho Chi Minh. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan, serbuk kopi segar dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
Bermalam di Ho Chi Minh.
Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
5H4N DALAT + HO CHI MINH - From RM1,990
Tour Code: SSD04-AK-ST
Departure Dates (2025):
APR 10, 17
MAY 01, 07, 15
JUN 06, 26
JUL 03, 24
AUG 07, 28
SEP 06, 07, 11, 18
OCT 02
Flight by: Air Aisa
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
• Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Pengangkutan kereta jeep di padang pasir, Mongoland dan Alpine Rollercoaster.
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
• Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Insurans kembara (Travel insurance).
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/vietnam/da-lat/5h4n-dalat-ho-chi-minh for latest information.