Travel Date : From 14 January , 2025 To 02 October , 2025

5H4M DANANG + HOI AN + BANA HILLS


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - DA NANG (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerban-gan ke Da Nang.
Lawatan di Da Nang:
Bergambar di Dragon Bridge yang merupakan ikon bandar Da Nang. Reka bentuk Naga pada jambatan ini dianggap simbol kemewahan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, jambatan ini disinari oleh ribuan lampu LED yang sangat menakjubkan.
Bergambar di air pancut Dragon Carp yang dibina oleh 30 pengukir dari Non Nuoc. Air pancut ini mirip dengan Merlion yang terkenal di Singapura.
Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pond des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Ilati. 
Bermalam di Da Nang.

2 - DA NANG - BANA HILLS - DA NANG (SP/MT/MM)

Lawatan di Ba Na Hills:
Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persing-gahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.
Peserta akan menaiki kereta kabel perjalanan selama 15-20 minit untuk sampai ke puncak Ba Na Hills.
Le Jardin D'amour (Paradise Garden): Taman bunga LeJardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempu-nyai lebih 1000
spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.
Da Nang French Village: Perkampungan Perancis ini merupakan replika seakan-akan seperti zaman Perancis klasik. Semua senibina seperti hotel, cafe, kedai makan, dan bangunan-bangunan lain
semuanya bertemakan rekaan zaman Perancis Klasik.
Fantasy Park: Taman tema indoor in terbahagikan kepada tiga tingkat, dimana aras satu merupakan lokasi Thrill Zone, aras kedua Spirit of Adventure dan tiga ialah Mystery World yang memberikan pengala-man
berbeza di setiap tingkat. Peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan yang menarik seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheels, Rock Climbing dan lain-lain. Bermalam di Da Nang.

3 - DA NANG - HOI AN - DA NANG (SP/MT/MM)

Lawatan di Hoi An:
Bergerak ke Hoi An melalui Marble Mount merupakan gabungan kepada lima puncak batu kapur yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar Da Nang.
Singgah di Non Nuoc Stone Village yang terletak di kaki pergunungan Marble Mount. Masyarakat di perkampungan ini berkemahi-ran mengukir kraftangan dengan menggu-nakan batu marmar dan batu-batu yang lain.
Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun.Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat. 
Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17.
Bermalam di Da Nang.

4 - DA NANG - HUE CITY - DA NANG (SP/MT/MM)

Lawatan di Hue City:
Bergerak ke Hue City melalui Hai Van Pass yang menyajikan
pemandangan tepi laut yang menarik.
Melawat bandar Hue City yang dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang kaya dan menarik keindahan semulajadi. Bandar Hue menjadi bandar tertua dan mempunyai banyak sejarah di masa lalu.
Ia menjadikan bandar ini terkenal dengan tarikan  pelancong datang dari pelbagai negara.
Pulang ke Da Nang melalui Hai Van Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 6.28km.
Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.
Bermalam di Da Nang.

5 - DA NANG - KUALA LUMPUR (SP)

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


Price List


Package Remarks

    5H4M DANANG + HOI AN + BANA HILLS - From RM2,090

    Tour Code: SDN04-ODAK-ST

    Departure Dates (2025):

    APR 22

    MAY 19

    JUN 19, 27

    JUL 10, 24, 25

    AUG 07, 21

    SEP 11, 18

    OCT 02

    Flight by: Batik Air / Air Aisa 

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK    

    •    Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.    
    •    Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).        
    •    Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.    
    •    Pakej termasuk Le’ Jardin D’armour, Da Nang French Village dan Fantasy Park.
    •    Menaiki sampan Basket Boat di Hoi An.
    •    Kereta kabel ke puncak Ba Na Hills.
    •    Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    •    Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    •    Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    •    Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    •    Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    •    Insurans kembara (Travel insurance).
    •    Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    •    Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    •    Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    •    Perkara lain yang tidak  dinyatakan di dalam aturcara  program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/vietnam/da-nang/5h4m-danang-hoi-an-bana-hills for latest information.