Travel Date : From 04 July , 2024 To 04 December , 2024

6H4M BEIJING + UNIVERSAL STUDIOS - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Beijing

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.

2 - Beijing (SP/MT/MM)

- Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.

- Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China
sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Suprem Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat
maharaja dan pembesar.

- Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.

3 - Beijing (SP/MT/MM)

- Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.

- Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara Chin sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi  empertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.


- Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.


- Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam
menghasilkan corak seperti jeriji.

- Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.

- Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli -belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual
barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.

4 - Beijing (SP)

- Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter - Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.

5 - Beijing (SP/MT/MM)

- Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market, kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati disini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam tangan, tas tangan, dan lain-lain lagi.

- Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid
ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.

- Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempahratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond da lain-lain.

- Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.

6 - Beijing - Kuala Lumpur (SP)

Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    6H4M Beijing + Universal Studio – from RM 3,190

    Departure Dates (2024):
    Aug – 29
    Oct – 11
    Nov – 15
    Dec – 04


    Flight by: Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     


Inclusive

Exclusive


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/beijing-group-tours/6h4m-beijing-universal-studios-muslim for latest information.