Travel Date : From 04 July , 2024 To 10 February , 2025

5H4M Shanghai + Disneyland - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Shanghai (MM)

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai.
Lawatan di Shanghai:

•Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.

•The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.

 

2 - Shanghai - Suzhou - Shanghai (SP/MT/MM)

Lawatan di Suzhou:

- Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.

- Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah. Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China.

- Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang telah dibina pada tahun 1928.

- Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.

- Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud dari dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat disini.

3 - Shanghai (SP/MT/MM)

- Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti
berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.

- Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagaicawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.

- Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center.

- 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.

4 - Shanghai (SP)

- Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.

5 - Shanghai - Kuala Lumpur (SP/MT)

- Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.

- Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA Terminal 1.


Price List


Package Remarks

    5H4M Shanghai + Disneyland – from RM 2,990 

    Departure Dates (2024):
    Sep – 19
    Oct – 24

    Departure Dates (2025):
    Jan – 19
    Feb – 09, 10

    Flight by: Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     


Inclusive

Exclusive


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/shanghai-group-tours/5h4m-shanghai-disneyland-muslim for latest information.