Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Dubai (transit di Brunei).
Tiba di lapangan terbang Dubai dan daftar masuk ke hotel.
• Aktiviti bebas di siang hari untuk anda menerokai kota Dubai.
• Lewat petang, Menikmati makan malam dan persembahan tradisi orang Arab di dalam kapal tradisional Dhow Cruise Dinner sambil menyusuri sungai Dubai Creek.
Bermalam di Dubai
Dubai Frame: Sebuah mercu tanda unik berbentuk bingkai gambar keemasan yang terletak di tengah-tengah antara kawasan Old Dubai dan New Dubai yang berketinggian 150m dibina pada 2013.
Berfoto di binaan ikonik terbaru Museum of The Future yang berbentuk oval berwarna perak dan dikelilingi dengan tulisan khat Arab puisi yang ditulis oleh PM UAE.
Burj Al Arab: Hotel yang paling mewah dan ikonik di dunia berketinggian 321m yang dibina pada 1999. Bentuknya unik seakan layar kapal dan dibina atas pulau buatan di persisiran Jumeirah Beach.
Menikmati panorama di sekitar Atlantis the Palm dan Palm Jumeirah.
Rasai pengalaman unik di Desert Safari merentasi beting-beting padang pasir dengan menaiki jeep 4x4 berkuasa tinggi dan
berswafoto di tengah padang pasir.
Makan malam BBQ di tengah padang pasir dan menikmati pertunjukan tradisional orang Arab Badwi sambil berpeluang merasai pengalaman menunggang unta dan sesi berinai di Deluxe BBQ Camp.
Bemalam di Dubai.
Emirate Heritage Village: perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut.
Menikmati pemandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan pantai The Corniche.
Solat di Skeikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di UAE. Mempunyai 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz.
Bergambar di Burj Khalifa, menara ikon Dubai yang berukuran 828M dan diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Tetamu juga boleh menempah lawatan tambahan At the Top untuk naik ke tingkat 124 untuk menikmati permandangan panorama Kota Dubai.
Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut menempatkan Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara percuma di skrin gelas lutsinar di ruang legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan.
Menikmati persembahan menakjubkan “Fountain Show” seakan di Las Vegas di kolam Dubai Mall ini.
Bemalam di Dubai.
• Miracle Garden: berjalan-jalan melalui taman keajaiban yang meriah dan indah, syurga bunga yang menakjubkan di Dubai, menampilkan lebih 50 juta bunga mekar tersusun dalam paparan yang menakjubkan.
• Bersiar-siar di sekitar kawasan Old Dubai untuk melihat bangunan asal kota ini sebelum membangun seperti hari ini dan menaiki bot tradisional Abra Water Taxi menyelusuri sepanjang tebing sungai Dubai Creek.
• Masa bebas untuk membeli-belah di Gold Souk dan Spice Souk, seperti barangan kemas, kurma, kekacang, minyak wangi dan kain pakaian. Di pasar ini juga terdapat Zaatar dan rempah ratus yang terkenal di benua ini sebagai penambah rasa masakan daging.
• Membeli-belah barangan buatan kulit di Leather Shop dan barangan tradisional buatan tangan di Handicraft Gallery.
• Melawat pameran terkenal Global Village yang menempatkan 27 buah pavilionreplika binaan terkenal seluruh dunia yang bercahaya berwarna-warni di samping tetamu dapat merasai makanan dari 90 buah negara yang terdapat di lebih 200 buah restoran dan gerai. Selain itu, terdapat juga tarikan Ripley’s Believe It or Not dan persembahan tradisi dari negara-negara terlibat dan aksi stunt motosikal. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Tiba di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan.
Transit 1 malam di hotel Brunei.
Bertolak ke lapangan terbang Bandar Seri Begawan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di lapangan terbang KLIA Terminal 1.
7H5M Dubai + Abu Dhabi + Brunei from RM4,190
Departure Dates (2024):
Oct – 19, 26
Nov – 02, 09, 23
Departure Dates (2025):
Jan – 11, 18
Feb – 08
Flight by: Royal Brunei Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/middle-east/dubai/7h5m-dubai-abu-dhabi-brunei-muslim for latest information.