Travel Date : From 04 July , 2024 To 11 December , 2024

5H4M Kaohsiung + Alishan - Muslim


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - KAOHSIUNG - CHIAYI (MT/MM)

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Kaohsiung.
Lawatan di Chiayi:
• Aogu Wetland and Forest Park: Disenaraikan sebagai hutan tanah lembap terbesar di Taiwan, berjalan di atas laluan dengan
keindahan alam, melihat lebih dari 200 spesis burung dari platform pemerhatian burung serta pelbagai aktiviti luar terdapat disini.
• Southern Branch of the National Palace Museum: Menempatkan pelbagai artifak dari lukisan, seramik, batu jade serta pelbagai lagi. Disekitar muzium ini, terdapat pelbagai lanskap dan taman yang dihiasi indah menaikkan suasana aman damai.
Bermalam di Chiayi.

2 - CHIAYI - ALISHAN (SP/MT/MM)

Lawatan di Alishan:
• Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
• Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil
menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
• Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zamanberzaman di Tea Experience Centre.
Bermalam di Chiayi.

3 - CHIAYI - TAINAN - KAOHSIUNG (SP/MT/MM)

Lawatan di Tainan:
• Taijiang NP Visitor Center: Sebuah bangunan yang dinaiktaraf dari pusat pengajian tinggi kepada pusat konservasi alam semulajadi. Ia merupakan sebuah hub untuk ekopelancongan, pendidikan persekitaran serta inisiatif konservasi. Pelbagai aktiviti terdapat disini dari penggunaan bahan mesra alam hingga ke teknologi penjimatan tenaga

Chihkan Tower: Binaan asal dari Fort Provintia pada 1652 oleh Belanda, ia berdiri telah melalui beberapa penambahbaikan yang banyak dilakukan dalam tempoh 300 tahun yang lepas. Terdapat sebuah taman yang mempunyai patung Koxinga, dimana ia menerima pengunduran pihak Belanda. Juga terdapat patung seekor kura-kura membawa 9 dasar kerajaan Taiwan.
• Membeli-belah di Hayashi Department Store, dari pakaian, aksesori hingga ke kasut terkini boleh didapati disini.
• Singgah solat di Tainan Mosque, yang telah berdiri sejak tahun 1996 hingga kini.
• Bergambar di Chimei Museum, sebuah muzium yang menampilkan corak neoclassical yang terdapat pada bangunan istana dan
muzium sekitar Eropah.
Bermalam di Kaohsiung.

4 - KAOHSIUNG (SP/MT/MM)

Lawatan di Kaohsiung:
• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
• Menyelami kesenian dan budaya negara Taiwan di Weiwuying Art Center & Art Village. Pelbagai lukisan, tarian, arca dan lain-lain lagiterdapat disini.
• Dibina pada tahun 1949, berhenti untuk bersolat di Kaohsiung Mosque.
• Jewelry & Creative Arts Center: Memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
• Asia New Bay Area: sebuah kawasan industri, pameran dan budaya digabungkan disini. Antara bangunan yang terkenal disini seperti Kaohsiung Music Center, Pier2 Art Center Layout dan Great Harbour Bridge.
• Membeli-belah di Shinkuchan Night Market yang terdapat ratusan deret kedai berada disini.
Bermalam di Kaohsiung.

5 - KAOHSIUNG - KUALA LUMPUR (SP/MT)

Lawatan di Kaohsiung:
• Hamasen Railway Cultural Park: Asalnya ia adalah stesen keretapi pertama di Kaohsiung, kini ia telah diubah menjadi muzium landasan keretapi. Ia telah dipulihara dengan baik dan masih boleh digunakan hingga ke hari ini. Landasan ini juga bersambung ke Pier2 Art Center Layout.
• Cijin Island: Nikmati keindahan di pulau kedua terkecil di Kaohsiung, pelbagai aktiviti dan pemandangan dapat diilihat disini. Antara tempat terkenal disini seperti Cijin Old Street, Cijin Tunnel of Stars dan Cijin Seaside Park.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di KLIA Terminal 1.


Price List


Package Remarks

    5H4M Kaohsiung + Alishan from RM3,690

    Departure Dates (2024):
    Aug – 07, 14
    Sep – 04, 25
    Oct – 02, 16
    Nov – 06, 20
    Dec – 11

    Flight by: Batik Air

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     

     


Inclusive

Exclusive


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/kaohsiung/5h4m-kaohsiung-alishan-muslim for latest information.