Travel Date : From 13 January , 2025 To 23 May , 2025

5H4M TAIPEI + GEOPARK + SUN MOON LAKE


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - TAIPEI - TAICHUNG (MM)

Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Taichung. Lawatan di Taichung:
•    Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
•    Melawat Yichung Night Market pada sebelah malamnya, merasai suasana berbeza pasar malam keunikan masyarakat di Taiwan.
Bermalam di Taichung.

2 - TAICHUNG - NANTOU - TAICHUNG (SP/MT/MM)

Lawatan di Nantou:
•    Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
•    Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman -berzaman di Tea Experience Centre.
Lawatan di Taichung:
•    Menikmati masa bebas dan bersantai di Mitsui Shopping Park LaLaport menawarkan lebih 300 buah kedai dengan 7 tingkat gedung membeli belah. .
•    Melawat Rainbow Village yang sangat iconic tentang mural berwarna-warni. Bermacam corak dan sudut yang cantik, menjadi tempat tumpuan mengambil gambar dan tersohor sebagai tempat “Instagrammable”
Bermalam di Taichung

3 - TAICHUNG - TAIPEI (SP/MT/MM)

Lawatan di Taipei:
•    Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
•    Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan salah satu masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1949.
•    Membeli-belah di Ximending Night Market
yang terletak di kawasan Ximending Walking  District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan  gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.  
Bermalam di Taipei.

4 - TAIPEI (SP/MT/MM)

Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.
Lawatan di Yehliu:
Yeliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
Bermalam di Taipei.

5 - TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP)

Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu. Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.
Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater & National Concert Hall.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    5H4M TAIPEI + GEOPARK + SUN MOON LAKE - From RM2,990

    Tour Code: CTT04-MHD7-ST

    Departure Dates (2025): 

    FEB 09, 13

    APR 20, 22

    MAY 06, 23

    Flight by: Air Asia X / Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

    Bahasa Melayu

     


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK:

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang vlawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Ticket masuk ke tempat lawatan: Yehliu Geopark.
    • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
    • Pengangkutan keretapi di Alishan Nationa Scenic Area.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    Harga Pakej Tak Termasuk

    • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/taiwan-muslim/5h4m-taipei-geopark-sun-moon-lake for latest information.