Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Tashkent. Menaiki penerbangan domestik dari Tashkent ke Urgench.
- Ichan-Qala: Ichan Qala bermakna ‘kota dalam kota’ yang dilindungi oleh dinding bata setinggi 10 meter di tengah kota Khiva. Di masa lalu, Itchan Kala menjadi tempat istirehat sementara para pedagang sebelum melintasi gurun menuju ke Iran.
- Kunya-Ark Fortress: Kubu lama dan kediaman pemerintah Shiva, yang pertama kali dibina pada abad ke-12.
- Kalta Minor Minaret: Simbolik utama Inchan Qala. Dibina oleh Muhammad Amin Khan dan pernah menjadi salah satu menara terbesar dan tertinggi di Asia tengah.
- Tash Khouvli Palace: dikenali dengan gelaran “Rumah Batu” kerana pembinaanya padat dengan seramik biru dengan ukiran dan corak yang rumit. Dibina pada tahun 1832-1841 oleh Allakuli Khan.
Bergerak ke bandar Bukhara.
Dalam perjalanan ke Bukhara akan melalui Kizilkum Dessert dan menikmati pemandangan Amu Darya River.
- Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina sejak abad ke-5 lagi oleh Putera Parsi Siyavusha dan di dalamnya terdapat istana, pasar, muzium dan Arslan Khan Mosque yang dibina pada 1119.
- Menziarahi kompleks makam diraja Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Nabi Ayub yang dibina pada abad ke-12 untuk melindungi telaga Nabi Ayub di dalamnya.
- Menziarahi Bolo Haouz Mosque yang dibina sebegitu indah pada tahun 1712.
- Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari 3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568, Nadir Divan
- Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah (yang merupakan tempat perkumpulan ahli sufi) pada 1622.
- Poi Kalan Complex: Sebuah dataran ikonik dan bersejarah di kota ini kerana dibina sejak tahun 1121 lagi, yang menempatkan 3 buah bahagian utama iaitu Kalan Mosque, Kalan Minaret dan Miri Arab Madrasah
Gijduvan Village: melihat pembuatan barang seramik Gijduvan yang cukup terkenal dengan ukiran bentuk geometri berwarna hijau dan biru. Di sini juga tetamu juga berpeluang mencuba sendiri membuat barangan seramik.
- Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun 1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.
- Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW yang datang
ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.
- Menziarahi Bibi-Khanym Mosque yang dianggap sebagai khazanah terpenting di Samarkand dan salah satu masjid yang tercantik di dunia yang dibina pada 1404 sebelum masa bebas untuk membeli-belah cenderamata dan kraftangan tempatan di Siab Bazaar
yang terletak berdekatan dengan masjid ini.
- Mempelajari cara pembuatan kertas sutera di Samarkand Paper Workshop secara tradisional daripada orang tempatan.
Bertolak menuju masuk ke negara Tajikistan.
- Sarazm: Bandar purba dan tapak arkeologi penempatan proto-bandar sejak milenium ke-4 SM dan merupakan tapak warisan UNESCO.
- Rudaki Museum: Muzium ini terdiri daripada beberapa bilik dan setiap bilik ada menyimpan replika dan artifak etnografi, kepingan sejarah, lukisan dinding, dan artifak yang terdapat di Panjakent Purba. Salah satu bilik khusus untuk penyair terkenal Abu Abdullah Rudaki.
- Ancient Penjikent: adalah salah satu penempatan Empayar Sogdiana. Zoroastrianisme adalah agama utama, dan kitab-kitab sucinya menyebut Sogdiana sebagai tanah kedua terbaik yang dicipta oleh tuhan.
Lawatan di Seven Lakes: Terletak di Pergunungan Fann, selatan Panjakent, Tajikistani.
- Mengambil masa 1 jam setengah memandu dari Panjakent, anda akan sampai ke tasik pertama yang dipanggil Nezhigon, tasik air paling biru dan tasik terendah pada ketinggian 1,640m.
- Tasik kedua Soya, hanya beberapa minit dari tasik pertama. Tasik ini berwarna turquoise dan jernih. Tasik ini berada pada ketinggian 1,701m dan dua kali saiz Nezhigon, dengan keluasan 0.1 km persegi.
- Tasik ketiga, yang dipanggil Gushor, bersempadan dengan tasik kedua. Sedikit lebih besar daripada tasik kedua, tasik ini berwarna lebih gelap daripada dua tasik yang pertama. Jika anda lulus tasik ketiga, anda akan sampai ke bukit yang menyediakan
pemandangan foto yang hebat. Gushor dikelilingi oleh tebing curam.
- Tasik keempat, atau Nofin. Tasik terpanjang daripada tasik yg lain, mempunyai komuniti kerana terdapat beberapa rumah berhampiran pantai. Terdapat juga guesthouse di sepanjang tasik ini yang dikendalikan oleh masyarakat setempat.
- Khurdak: Tasik ini adalah yang terkecil dan tercetek dari tasik yang lain, mempunyai keluasan hanya 0.025 km persegi. Terdapat perkampungan Padrut dan pernah mempunyai stesen mikrohidrokuasa kecil untuk menyediakan elektrik ke Padrut dan kawasan
sekitarnya.
- Tasik keenam, atau Marguzor, adalah yang terbesar daripada tujuh tasik. Jalan di sepanjang tasik ini tinggi dan sempit. Untuk sampai ke sini, anda perlu meneruskan lebih daripada 2 km hiking di sepanjang jalan ular dari Khurdak dan mendaki ke tetinggian 2,140m.
- Hazorchashma: Tasik Tujuh yang tertinggi terletak kira-kira 2,400m di atas paras laut. Hazorchashma adalah tasik kedua terbesar, hampir sama saiznya dengan Marguzor. Nama itu berasal dari hazor dan chasma, secara harfiah: "seribu mata air" merujuk
kepada banyak sumber air yang memberi makan sungai di dalam dan di bawah tanah.
Menuju ke Samarkand, Uzbekistan.
- Masa bebas untuk membeli belah barangan kraftangan dan makanan tradisional di Siaab Bazaar yang terletak di bandar Samarkand yang meriah, pasar bersejarah dan kuno yang bermula sejak abad ke-14.
- Siab Bazaar adalah mencerminkan evolusi ekonomi dan budaya Asia Tengah sepanjang sejarah. Siab Bazaar Samarkand merupakan salah satu pusat perdagangan utama pertama semasa Empayar Timurid pada abad ke-14.
Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent.
- Berfoto dan bersiar-siar di Independence Square yang dibina sebagai simbol kemerdekaan Uzbekistan, di mana di dataran ini terdapat beberapa monumen seperti Independence Monument, Happy Mother Monument dan lain-lain.
- Amir Timur Square: Dataran yang dibina pada 1882 dan di tengahnya terdapat tugu pemerintah agung Timur dan berdekatan sini juga terletaknya Amir Timur Museum yang dibina pada 1996.
- Melihat keunikan stesen Tashkent Metro yang mana setiap stesen keretapi ini dibina dengan tema yang tersendiri yang gah.
- Masa bebas untuk membeli-belah barangan kraftangan dan makanan tradisional di Chorsu Bazaar yang terletak di kawasan Old Town Tashkent.
- Kukaldash Madrasah: Sebuah institusi pendidikan yang dibina pada tahun 1570 sebelum ditukar menjadi caravanserai (hotel) bagi pedagang pada abad ke-18 sebelum ditukar menjadi madrasah semula pada 1990.
- Hast Imam Square: Menziarahi pusat keagamaan yang terpenting di Uzbekistan ini di mana tetamu berpeluang melihat Al-Quran tulisan tangan terawal berusia 1300 tahun yang dikatakan milik Saidina Uthman Bin Affan yang disimpan rapi di sini.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang KLIA
11H9M Uzbekistan + Tajikistan Dari RM8,990 seorang
Departure Dates (2024):
Sep – 16
Flight by: Uzbekistan Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
• Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Tiket penerbangan domestik Tashkent - Urgench kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Tiket keretapi Samarkand - Tashkent.
• Penginapan hotel 9 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Tiket masuk ke tempat lawatan.
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
• Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
• Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/uzbekistan/tashkent/11h9m-uzbekistan-tajikistan-muslim for latest information.